MACFAS ACADEMY

Macfas Academy & Training Centre Sdn. Bhd. merupakan sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran yang berdaftar dan ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ditubuhkan pada 28 Mei 2009, kami menawarkan program berteraskan hospitaliti dan pelancongan melalui kursus-kursus dalam bidang perhotelan iaitu Penyediaan Makanan. Ini adalah amat bersesuaian dengan keperluan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat khususnya dalam industri perhotelan. Premis latihan di sini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan fasiliti antaranya termasuk pejabat urusan, bilik pensyarah & mesyuarat, dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan audio-visual (projector, PA system), dapur praktikal, restoran praktikal dan kemudahan asrama & makan-minum.

Untuk tujuan urusan pembiayaan pengajian pelatih, Macfas Academy menjalinkan hubungan baik dengan pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Matlamat kami untuk membantu dan berusaha melahirkan golongan pakar dalam bidang perhotelan sekaligus membentuk generasi yang proaktif dan inovatif sebagai perintis modal insan dalam menjana pertumbuhan industri perhotelan khususnya dan ekonomi negara amnya.

Macfas Academy & Training Centre

.